Setiap sumbangan yang anda hulurkan mampu meringankan beban para pesakit kronik

Share:

Tulang tunggak tubuh manusia memerlukan kalsium mencukupi bagi membolehkannya terus kekal sihat untuk berfungsi dengan sempurna. Proses pembentukan tulang sumsum boleh diperoleh dengan melakukan aktiviti ringkas iaitu berlari berganding berenang mahupun mengayuh basikal. Ini kerana tulang tulang sumsum, tisu semisolid terletak pada bahagian tulang lembut yang menghasilkan sel darah. Hasil kajian Institut Kegiatan Fizikal dan Pemakanan Universiti Deakin Australia terhadap 101 lelaki dan wanita berusia 25 hingga 35 tahun, mendapati mereka yang berlari lebih 20 kilometer (km) seminggu mempunyai tulang sumsum lapan tahun lebih muda.

Laman sesawang kesihatan Healthline.com, pula melaporkan hasil kajian saintis diketuai Dr Daniel Belavy, mendapati setiap individu yang berlari kira-kira lapan kilometer seminggu mempunyai tulang sumsum berusia setahun lebih muda. Katanya, setiap individu berupaya memiliki tulang sumsum lebih muda tetapi perlu melakukan sedikit aktiviti berlari secara konsisten. “Setiap manusia dilahirkan dengan tulang sumsum yang berfungsi menghasilkan sel darah merah. Namun disebabkan peningkatan usia, fungsinya berubah menjadi sumsum yang berlemak kuning. Lantaran itu, perubahan memberi kesan buruk kepada sistem metabolisme dalam darah dan tulang pada bahagian pelvis, vertebra, paha dan pinggul. Perubahan itu menyumbang kepada risiko penyakit seperti diabetes dan masalah osteoporosis,” katanya.

Penyelidikan menunjukkan terdapat hubung kait antara jenis senaman dengan sumsum lemak kuning atau dikenali sebagai tisu adipose sumsum (MAT). Bagaimanapun senaman yang dilakukan tidak mudah membakar kalori dalam tubuh. Dr Belavy berkata, kajian membuktikan tiada sebarang manfaat MAT apabila individu menunggang basikal sehingga kira-kira 150 km seminggu. Beliau berkata, fakta menyatakan MAT dikawal oleh lemak yang terkandung di bawah kulit, bukan hanya proses pembakaran kalori. 

Selain mengkaji pelari jarak jauh, beliau berkata pasukan penyelidik turut melakukan kajian terhadap mereka yang berjoging sejauh antara 19 hingga 40 km seminggu. Walaupun responden setakat berlari anak, kajian menunjukkan mereka memiliki MAT jauh lebih muda. “Sukan yang menanggung beban mungkin akan memberi impak termasuklah bola sepak, tenis dan bola keranjang. Data menunjukkan aktiviti berdampak tinggi seperti berlari dan melompat memberi kesan positif kepada MAT. Pakar Ortopedik Pediatrik Universiti California San Fransisco (UCSF), Dr Nirav Pandya, berkata senaman larian memberi kebaikan serta kesihatan ekstrim kepada keseluruhan badan. Aktiviti itu bukan sekadar mengurangkan risiko penyakit kronik tetapi mempertingkatkan ketumpatan tulang, ketajaman mental malah memberi impak kepada kebahagiaan serta kesihatan mental individu. Beliau berkata, aktiviti sedemikian wajar dilakukan pada jarak dekat secara konsisten berbanding berlari jauh pada tempoh lama.

Penyelidikan sekumpulan pakar Institut kesihatan awam utama di Amerika Syarikat, Centers for Disease Control and Prevention (CDC) antara 2011 hingga 2014, melaporkan sejumlah 475,000 kecederaan berkaitan aktiviti berlari atau berjoging dilaporkan berlaku setiap tahun. Justeru, Dr Pandya mencadangkan cara terbaik mengelakkan daripada berlaku kecederaan dengan merujuk pakar perubatan terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang larian. Pakar boleh memeriksa tahap kesihatan individu secara keseluruhan selain menilai keupayaan sistem badan sebelum melakukan aktiviti fizikal. “Anda boleh melihat kesan kepada kesihatan selepas mengambil keputusan menyertai sukan berlari sebagai proses rawatan untuk beberapa bulan”, katanya. “Keuntungan berlari melebihi potensi risiko kecederaan, jika seseorang meningkatkan aktiviti joging dan berlari dengan disertai jurulatih berkemungkinan berlaku insiden boleh dikurangkan”, katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my
X